Friday, April 12, 2013

End of diploma and part 6

Assalamualaikum,
tamat lah sudah perjuangan ku sebagai  pelajar Diploma Perakaunan dan juga sebagai Exco Kebudayan & Persatuan JPK Cempaka Sari. Pengalaman bersama mereka tidak akan dilupakan dengan mudah sekali :)


okay atas ini cumalah sebahagian daripada warga JPKCS dan staff Cempaka Sari. Keputusan untuk memasuki bidang ini sebenarnya nak kolej kot. tak perlu tipu lah yang join tu. comfirm nak kolej punya. yelah masa tu dah part4. fikir balik dah lah sticker malas nak kutip lepas tu ada hati nak duduk kolej. tapi bila dah dapat jadi sebahagian daripada warga JPK ini saya mula tahu akan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. walaupun niat sebelum ni tak baik belum terlambat lagi untuk kita perbetulkan. 1 tahun kontrak bersama JPK sudah pun membuatkan hati saya sukar untuk melepaskan jawatan itu, bukan sebab saya tidak percaya kepada JPK baru tetapi saya suka kan kerja saya itu. kepada staff staff KCS terima kasih banyak banyak kerana selalu membantu saya yang baru lagi dalam bidang tersebut. juga tidak dilupakan kepada MT KCS yang walaupun junior saya tapi saya respect dengan pemikiran anda yang matang dan kerja yang sempurna. 

notes:
 buat adik adik or abang or kakak di luar itu kalau ada organisasi dekat kolej or pejabat ke sekolah 
            tak kisah lah di mana mana. join la. sebab organisasi macam inilah secara tidak langsung akan 
            membantu kita  memperbaiki soft skills kita dan juga akan membantu kita untuk lebih confident. 
            yakinlah dengan diri anda. yayy !



yang gambar di atas ini pulak my dear classmates yang dari part1 sampai la ke part6 tak berubah ubah pun. duduk gak menempek kat kelas yang sama. sebabkan terlalu sayang kan bonding antara kawan kelas kita stay la sampai 3 tahun. ouh yeah dengan mereka banyak sudah kisah suka duka yang saya lalui. ada yang sakit hati, ada yang gembira, ada yang terasa, ada yang best dan ada macam macam rasa la. btw, mula mula memang rasa kekok. tapi nak tengok mereka ikhlas ke tak ha masa majlis perpisahan la tyerbuka semua rahsia. ada yang benci ada yang cerita belakang tentangku. yess airmata berguguran api tak mengapa mereka belum terlambat untuk meminta maaf begitu juga dengan diriku. 

setiap sorang ada bermacam macam ragam, ada yag pendiam, bising, happy go luckt, tak gi kelas tapi pandai, suka gossip, pandai, hebat, hero, heroin dan macam macam la. apa pun perangai mereka saya tetap terima. apalah gunanya kalau semua sama je mesti bosan punyalah. kelainan itu yang melengkap kita sesama manusia. insyaAllah sahabat hingga ke Syurga :)