Sunday, January 27, 2013

Sahabat - Release Tension

Assalamualaikum,

hidup kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada masalah. kadang sampai ada yang putus asa terhadap masalah yang di hadapi itu. nescaya saya percaya bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. dan masalah itu juga datang dugaan daripada Allah supaya kita mendekatkan diri kepadaNya. 

( Marina Island, Perak - matahari tenggelam )

jadi di sini saya ingin berkongsi cerita tentang sahabat saya di waktu susah ataupun senang. Alhamdulillah Syukran Ya Allah kerana dikurniakan insan yang masih lagi ingin membantu dan memahami apa yang diriku rasa sewaktu ini. Syukur Alhamdulillah sekali lagi.


nama mereka Hidayah, Aiman dan Aqil. orang nya secantik namanya.

Hidayah - Petunjuk Allah
Nurul Hidayah nama nya. seorang yang ego, pendiam, kuat makan dan penyabar. dialah sahabatku sewaktu di universiti dulu. kami merupakan roomate sejak semester 1 sehingga semester 6. Alhamdulillah. dialah peneman ku sepanjang disana. tipulah kalau tidak ada bergaduh ataupun salah paham. itu lumrah. dengan maslah lah menjadikan kami lebih rapat. seperti maksud namanya Petunjuk Allah dia juga memberi saya tunjuk ajar ataupun petunjuk supaya saya tidak terpesong. Terima Kasih Hidayah :)

Aiman - Bertuah, Berkat
Muhammad Khairul Aiman namanya. seorang yang ego, pendiam, periang, dan rajin. dia adalah junior dimana diriku mengenali dia sewaktu temuduga sekretariat. walaupun pada mulanya ridak rapat tetapi dengan sikapnya yang rajin menolong kami mula rapat. dia banyak memberikan nasihat kepada ku dan membantu diriku jika mempunya masalah. Syukran Ya Akhi :)

Aqil - Yang Baik Budi

Aqil Izzuddin namanya. seorang yang sensitif, suka kacau orang, dan membimbing. seperti maksudnya namanya begitu juga perwatakannya. hati yang baik budi itu yang membuat kan diriku rapat dengannya. kami kenal sejak temuduga JPK dimana aku meminta tolong daripadanya. Alhamdulillah sehingga kini dia masih membantu diriku untuk kejalan yang diredhai Allah. nasihat keagaaman daripadanya di lekang walaupun sekejap. Terima Kasih juga buatmu Akhi :)


gambar gambar diatas merupakan kami keluar bersama untuk melepaskan tekanan selepas menerima tugas yang betubi tubi. dengan kerja semester akhir yang padat mereka inilah membantu saya dan Hidayah untuk meleaskan tekanan dengan melihat ciptaan Allah yang indah. Subhanallah. sungguh tidak sedar akan ciptaanMU selama ini. Alhamdulillah.

notes:
berkawan lah tidak kira siapa pun dia atau pun berapakah umurnya.mereka ada kekurangan dan kelebihan masing masing. sama sama kita membantu untuk ke jalan Allah. insyaAllah.