selepas minggu pertama . perasaanya ...
seronok atau bosan ?? menghantui kepala otak ni pula . tengok FB ramai dah mula update status busan busan busan . nak balik U la , lagi best kat sana lah . tapi aku rasa sama je sebab dekat U jadual kita penuh . dengan assignment , test , quiz la bagai tu yang tak terasa hidup tu kosong . lagi lagi yang dah ade couple kompem lagilah tak sunyi . boleh jumpa , date , makan sama sama , tengok movie dan macam macam lagi .
di rumah pula , bagi yang membantu ibu bapa berniaga rasanya tak bosan kot sebab mereka busy . at least ade kerja nak buat . kalau macam aku ni ha . setakat kemas rumah , memasak , basuh baju , jadi drebar adik sekolah setakat tengahari kerja dah settle . bila petang dah takda kerja . rutin lak sama je setiap hari . mana tak busan . nak keluar pulak takda teman . so online je lah . haha . nak pergi shopping memang best tapi kalau dah setiap hari tak ke kopak duit aku macam tu je . so aku banyak habiskan masa di rumah dan membesarkan badan . hahaha .
secara kesimpulannya cuti sem ni ade lah busan dan seronoknya . just kena pandai plan untuk buat hari hari kita berlalu dengan aktiviti yang berguna dan seronok . dan mestilah ingat time cuti sem ni lah nak lepak gn family lama lama . nanti dah balik U dah tak dapat lepak . time tu nak homesick memang nak kena penampor je rasanye . heheh :))
No comments:
Post a Comment